facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Sebab Geram Suami Asyik Balik Lambat..Akhirnya Betul Dia Kemalangan'


Sekadar nk share pengalaman. saya dh 16 thun berkahwin. Ank 3 org. saya dan suami kahwin awal pada usia 21 thn ( kami berdua sebaya ). Habis spm, saya sambung belajar manakala suami terus bekerja. Mak mentua yg beriya2 nk kami kahwin awal. Belum sempat saya habis belajar, saya dah kahwin. Di awal perkahwinan, kami pjj selama setahun. Tamat pengajian, saya pun melahirkan anak sulung. 

Allah permudahkan urusan saya, selesai sahaja pantang, saya ditawarkan kerja di bandar yg tak jauh dari kg. Rezeki anak…. Kami menyewa sebuah rumah kg sahaja waktu tu. tak lama selepas tu, ujian pertama dalam perkahwinan. Suami saya dah pndai balik lewat. Setiap hari balik lewat mlm. Hati saya dah syak macam-macam. 

"Saya Doa Supaya Suami Kemalangan"

Makin lama keadaan makin teruk. Paling buat saya geram, rumah saya terbakar, puas saya telefon dia, dia x jawab. Nasib baiklah waktu, ada jiran2 yg baik. Dah tengah malam, baru dia balik. Mase tu memang menyesal sebab tak jawab kol saya ( waktu tu saya guna telefon jiran, telefon bimbit xde line, jd xley nk hntar sms). 

Lpas kejadian tu, saya terpaksa menumpang rumah mak saya. tapi suami masih buat peragai. Pkul 2, 3 pagi baru balik. saya malu dengan family saya sebab diorg dh mula bising. Akhirnya, saya x than sangat. Tetiba je waktu tu saya berdoa, saya cakap, Ya Allah, kalaulah suami aku khianati aku, curangi aku, biarlah malam ni dia eksiden… masa tu saya geram sangat dan terkeluar je doa yg mcm tu. 

Lepas tersedar tu, saya istigfar smula. Mungkin agknya doa saya doa hamba yang teraniaya, Allah makbulkan doa saya. dalam pukul 5 pagi, saya dengar bunyi kereta di luar rumah tetapi bukan kereta dia. Bila saya buka pintu, tengok dia dengan lebam dan luka sepanjang 1 inci di kepala. Katanya kemalangan langgar babi. 

Mengucap saya waktu tu, terdetik dalam hati, Allah perkenankan doa aku. Hati saya makin kuat mengatakan memang dia ada buat pasal dengan saya. Tapi saya sabar sebab xnk gaduh dkt umah mak saya. 

"Sorok Telefon"

Tak lama lepas tu, kami pindah ke rumah lain. Mase tu saya mula siasat. saya perasan dia selalu sorok telefon bimbit dia. Suatu pagi, waktu dia tengah mandi, saya cari telefon dia. Jumpa dan terus saya buka telefon tu. tengok sms dari perempuan, ber abg2 lagi… saya tunggu dia kat pintu bilik. 

Selesai dia mndi, saya tnya dia sape perempuan yg sms dia tu? dia x jwb… saya lempar telefon tu ke dinding. Hancur!! ( sebelum tu, saya dah salin siap2 no tel perempuan tu).suami saya menanggis n merayu xnk buat lagi. merayu jangan tinggalkan dia. saya g kerja mcm biasa, smpai pej, saya kol no perempuan tu. saya cerita hal sebenar n ajak jumpa. 

Perempuan tu x tahu suami saya dh ada isteri. Suami saya balik lmbt sebab selalu dating ngan perempuan tu. perempuan tu jnji, xnk kacau suami saya lagi. tapi saya x bodoh, esok saya pergi intip dia kat tmpat kerja. Memang diorg jumpa lagi. masa tu saya xda kereta. saya follow diorg dengan teksi. Rupanya pergi lunch sekali. 

Memang geram waktu tu. tengah diorg makan, saya pergi. Sirap atas meja diorg tu saya simbah atas muka suami saya dan muka perempuan tu . mase tu saya cume cakap dalam nada yg plagi lembut dan manja, sila pilih saya atau perempuan tu? dia bangun dan pilih saya. saya tnya perempuan tu, kenapa ganggu suami saya lagi? perempuan tu cakap, sebab xboleh nak lupa.. konon cinta sangat la. 

Saya bgtahu perempuan tu, lpas ni kau jaga, aku akan upah seorang perempuan utk kacau ayah engkau! Aku x boley buat engkau, aku akan buat pada family engkau. Aku dah siasat dan aku tahu semua pasal engkau, mak ayah engkau, adik beradik engkau ( sedangkan saya x tahu apa2 pun, gertak aje lebih). Lpas tu saya blah. Suami saya ikut saya balik.

"Buat Hal Lagi Lepas Dapat Anak Kedua"

Lpas kejadian tu, suami saya jd lelaki mithali utk beberapa bulan. saya pula mengandung ank kedua dengan harapan, bila bertambah ank suami akan lebih bertanggung jawab. Lahir ank kedua, sekali lagi buat peragai. Dengan budak perempuan dkt ngan rumah sewa saya. Siap hantar g kerja bagai. sekali lagi saya kumpul bukti, cukup bukti, terus serang. Kali ni dua2 saya belasah. 

Perempuan tu tahu suami saya dah beristeri, tapi gatal jgak nak melayan. Hati saya dh mula tawar. tapi masa tu, saya muda, saya takut kalau saya bercerai, mesti keluarga saya salahkan saya. tapi hati saya dendam dengan suami. 

0 Response to "'Saya Doa Supaya Suami Kemalangan Sebab Geram Suami Asyik Balik Lambat..Akhirnya Betul Dia Kemalangan'"

Post a Comment